Showing posts with label syafarul... Show all posts
Showing posts with label syafarul... Show all posts
12 April 2012
Pengajaran kepada kita sebagai seorang manusia...
Assaalamualaikum buat semua warga blogger,, hurmm maybe harini pada tarikh 11 april 2012 pasti semua tahu ape yg berlaku kan,,pada pukul 4.38 petang tdi telah berlakunya satu fenomena alam (gempa bumi pada 8.7 skala ritcher) yang banyak mengejutkan bagi kta sebagai seorang manusia kan,,,
Jika tsunami terjadi, negara yang mungkin terkena kesannya adalah Indonesia, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Inggris, Malaysia, Mauritania, Seycheless, Pakistan, Somalia, Oman, Madagaskar, Iran, Emirat Arab, Yaman, Komoro, Bangladesh, Tanzania, Mozambik, Kenya, Croizet Island, Kerguelen Island, Afrika Selatan, dan Singapura....negara kite jgk tersenarai salah satu negara yg mungkin akan turut terkena gelombang tu kan,,,mungkin tuhan jadikan fenomena gempa bumi ni satu pengajaran & peringatan bgi kita supaya kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w agar segera meninggalkan segala perbuatan yang dilarang & mengerjakan taubat,,,Ya Allah, selamatkanlah seluruh penduduk Islam tidak kira di mana kami berada & jauhikanlah kami, dari sebarang malapetaka & bencana..Amin..
1 April 2012
Disebalik suka ada duka...
Assalamualaikummmm,,,haha perghhh hari ni serius penat giller-2 la,,,coz g outing dgn kawan-2...mmg best + happy sngat,,,btw thank untuk abg zul yea,,,hurmmm..tapi dalam happy + best mcm ni pn pasti ade jugak something yg membuatkan perasaan ni still je sedih,,,tibe-2 je tringaat kat someone..!!!
Klau la sya ade awak mcm dlu kan best...tpi sayang awak x mcm dlu lgi dah kan,,,ape-2 pon sya still ingat janji-2 awak,kata-2 awak dkat saya waktu awak still ok time tu,,,tpi skarang sya tgk awak da lain dah,,,sya nasihat awak pun untuk kebaikan awak jugak,,,lgi satu awak suka follow perangai kawan-2 awak tu,,,mybe tuhan nk sya tahu yg awak dah x betul dengan sya haritu,,,tetibe je hati saya terase nak sangat ikot member-2 g outing dekat mall tu & then tawu-2 terserempak dengan awak,,,tpi time tu awak keluar dengan boy lain kan..??ntah la awak perasan ke x sya time tu,,,bile sya nampak awak,sya malas nk tegur awak coz takut awak terkejut,,,after shopping ape semua sya blik umah then trus msj awak,,awak reply text sya awak cakap awak bizy,,ok sya stop msj awak lepas tuh,,,mybe sekarang da masuk 4 bulan awak x text sya langsung kan...
Serius sya sentiasa tringat dkat awak,,mybe ade hikmah disebalik ape yang jadi dekat sya & awak,,,!!! Sya redha dgan apa keputusan yang saya trima,,,mungkin ni satu ujian untuk diri saya,,Ya allah,engkau padamkanlah segala perkara yang bleyh mengingati aku pada si dia ya allah,,,mudah-mudahan satu hari nanti aku dapat lupakan segala perkara yang bleyh mendatangkan perasaan aku macam sekarang ni,,,Aamiin..
Especially for You,,,, N.A
28 March 2012
Tentang Cinta...
Assalamualaikummm,,,fuhhh,,serius lame x update blog ni rindu kamu bloggg,,,huh ok..cukup-3..malas nk panjang-2kn kerinduan ni..haha..hah update kali ni pasal Cinta,,,sesuai la dgn tajuknya kan...(TENTANG PERCINTAAN)...
Sesungguhnya percintaan itu amat mudah, namun pengertian cinta itu amat dalam maknanya. Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. ~ Mahatma Ghandi Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Melihat kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh. Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.” Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut. Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA.
Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa.
Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama. Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya. Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami...Ok,mybe cukup sampai sini je la ae...nanti ade masa yg terluang sya updatekn feed-2 yang baru k...hope korang enjoy la membaca yea..!!! lgipon ni je la yang sya mampu updatekan...k,Assalamualaikum...!!! (^_^) v
8 October 2011
Cinta Si Dia..^_^
Cinta Tak Semesetinya Memiliki..^_^
'DEMI CINTA ALLAH'…Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintah-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.”Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya.”Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.”Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah,,!! Aku memohon keampunan Dari mu..Amin Ya Rabbal Alamin..!! Hurmm mybe sampai sni jew aku karang story ni k,,t ade masa aku wujudkn story baru yaehh..^_^
2 October 2011
Cinta Belum Tentu Milik Kita..
Setiap apa yang kita rancang
Setiap apa yang kita inginkan
Setiap apa yang kita mahukan
Belum tentu menjadi milik kita
Setiap apa yang kita janjikan
Setiap apa yang kita impikan
Setiap apa yang kita sayang
Setiap apa yang kita kasih
Belum tentu menjadi milik kita
Setiap apa yang kita angankan
Setiap apa yang kita rasakan
Setiap apa yang kita pegang
Setiap apa yang kita kecapi
Belum tentu menjadi milik kita
Setiap apa yang kita lakukan
Belum tentu menjadi milik kita
Kita hanya mampu merancang
Namun Tuhan menentukan
Walaupun hari ini kita berjanji
Sehidup semati
Dan esok belum tentu akan terlaksana
Walau kita berpegang pada paksi yang satu
Namun kuasa Tuhan mengatasi segalanya
Buktinya dirimu telah meninggalkan aku
Untuk selamanya……
Walau menangis sekalipun
Kau tetap tidak akan kembali lagi
Kenanganmu tetap terpahat diingatan
Kasih dan sayangmu tetap berada di hatiku
Walau aku tinggalkan kenangan lalu
Dan menuju ke destinasi baru
Memori indah bersamamu
Tetap ku simpan selamanya
Walau cinta bukan milik kita lagi……^_^
23 September 2011
Pengorbanan seorang ibu..!!
Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.
Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "
Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.
Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!
21 September 2011
Sesetengah perempuan sanggup mengadaikan maruah diri demi teman lelaki ..!!
“Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!”…”I love u sooo much honey”… “aku tak boleh hidup tanpamu!”…”Aku sanggup mati untuk mendapatkanmu”…”Aku sanggup lakukan apa sahaja untukmu”…”Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u”..
Itulah antara kata-kata indah yang selalu diungkapkan oleh sang putri (wanita) kepada teman lelaki mereka. Kata-kata ini seolah-olah menunjukkan bahawa teman lelaki merekalah yang menciptakan dan memberi nyawa kepada mereka. Kata-kata ini juga boleh menyebabkan dia menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.
Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas dia berkalimah syahadah, dengan mengaku ‘tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah’ tetapi dalam masa yang sama diatidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.
Siang malam menghabiskan duit. Koman-koman sehari mereka akan menghabiskan hampir RM 100 hanya untuk ‘topup’ credit phone untuk menghubungi dan bermesej-mesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?. ‘U dah makan?”….”U ada kat mana?”…’I miss u sayang”…”U tak tidur lagi ke?…”U ada teman baru ke?”…itulah antara mesej-mesej yang boleh dikatakan menjadi satu kewajipan bagi mereka. Bayangkan jikalau mereka menggunakan duit itu di jalan Allah. Seperti, print artikel dakwah, pastu potostat banyak-banyak. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang Allah hadiahkan kepada mereka?.
Siang malam menghabiskan duit. Koman-koman sehari mereka akan menghabiskan hampir RM 100 hanya untuk ‘topup’ credit phone untuk menghubungi dan bermesej-mesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?. ‘U dah makan?”….”U ada kat mana?”…’I miss u sayang”…”U tak tidur lagi ke?…”U ada teman baru ke?”…itulah antara mesej-mesej yang boleh dikatakan menjadi satu kewajipan bagi mereka. Bayangkan jikalau mereka menggunakan duit itu di jalan Allah. Seperti, print artikel dakwah, pastu potostat banyak-banyak. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang Allah hadiahkan kepada mereka?.
Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang popular. Tunjuklah gambar ibu bapa dengan muka sedihnya merayu “pulanglah anakku..mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni”?… Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebegini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapamu yang telah membelamu berbelas tahun?. Bahkan berpuluh tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana seksanya Ibumu mengandungkanmu selama 9 bulan, membawamu ke sana ke sini tanpa sedikit pun mengeluh. Ayahmu pula tak henti-henti keluar ke sana ke sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dengan ‘mengandung anak haram’…petuiih. Tak ada rasa malukah mereka-mereka ini?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye. ehehehe…
“Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey”..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?. “No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup”. Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa baju (fewwiit). Ada yang beraksi telanjang terus (cayyalah wei). Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang
). Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!). Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. ‘Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!.”..Si teman lelaki “……………….”. Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? “…..Tut….Tut….Tut…”..Handphone ditutupkan!.
Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut “..Please try later..”. Jeng jeng jeng!!!…hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa). Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. “Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!.”..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. “Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem”?. Tanya si kawan. Dia menjawab. “I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari.”…Betapa terkejutnya si kawan. “Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!.” Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau.
Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.. Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!. Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last-last. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala-galanya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH-PEDIHNYA!.
Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kenapa kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. “Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri”. Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!.
Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati-hatilah.
“Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan.” (Fathir, 37)
Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?. Takut Allah tidak menerimamu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air di lautan?. Ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kamu melakukan syirik kepada Allah, kemudian bertaubat!. Nescaya Allah menerimanya!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.
Bukti cinta Allah yang teramat Agung!. Dalam sebuah Hadits Qudsi:
“Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu, Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dna Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut.”
20 September 2011
For the first time..
For the first time
Ku mengenalimu
Ku merasakan debaran dihati
Tak terungkap dengan kata-kata
For the first time
Ku sambut bicaramu
Ku sambut hatimu
Tak terucap dengan kata-kata
For the first time
Ku mengenal cinta
Ku mengenal sayang
Tak terbayang dengan pandangan mata
For the first time
Ku mengenal sakit
Ku mengenal kecewa
Tak tergambar dengan ungkapan maafmu
For the first time
Ku mengenal erti tabah
Ku mengenal erti pasrah
Tak tergambar dengan kalimah kata-kata
For the first time
Ku mengenal senyuman disebalik derita
Ku mengenal senyuman disebalik bahagia
Ku mengenal lagu hati kita
Walau dialun beribu kali
Ia tetap pertama untukku
For the first time
Hatiku telah dimiliki
Hatiku telah berlagu indah
Mengungkap seribu kesyahduan
Mengajak hati agar lebih setia
Walau cinta tidak semestinya dimiliki
Aku telah redha pada segala
Ketentuan dan takdir Tuhan
Yang Cinta pernah hadir
Yang cinta pernah mengisi
Disudut hatiku……^_^
29 August 2011
salam lebaran..6.6v
haha..sekejap je kn tawu-2 da nk raye..sementara ade peluang ni sya nak mantax maaf & mintax ampun sekiranya sya ade terkasar bahase , tersilap bicare , termarah yg x kne , tertanye xtentu hala , tersasul yg xsengaje , terpukul xsemena-2 , terpinjam harte benda , termoody xda kne mengena , terumpat dgn tidak sengaje & ape-2 je yg TER lakukan kepada anda hope anda maafkn la ye...Selamat Hari Raya Maff Zahir & Batin...6.6v
7 August 2011
hari yg paling bosan meyh...!!
Salam,,,hey-3...hurmm lme da aku x update blog nieh,,hurm ari ni ntah arr npe aku rasa x happy sngat..mybe ade something x kene kot...yg first skali aku x happy coz my Fon da hilang & aku sayang giler fon 2 sebab aku bli dari hasil titik peluh aku sendiri kot..hurmm yg kedua aku x happy pasal membr-2 aku..huh ntah arr diaowng ni aku pn plik la..aku bru je kwn dgn sorang bdk pmpuan ni & da kna gosip da dgn diaowng semua...mybe dlm dunia ni aku x perlu berkawan kot..?? tol x ape yg aku ckap..?? dan yg ketiga best fwenzz baik aku skang da x nk weply msj yg aku send...!! hurmm..mngkin dia merajok dgn aku kot kn..!! hurm btw aku bersyukur sngt dapat best fwenz cm dia tuh...& aku x kn lupakn jasa yg dia buat...hurmm tdi aku bru je baca kat blog dia about someone,mybe dia tulis pasal Bf dia kot..hurmm rasa simpati pn ade la jgk dkat dia...hurmm,,last skali aku nk gtaw kat korang aku dgn dia just fwenz ja x lebih dri 2 pn la..huhh,terlupa plak pasal yg aku bergaduh dgn dia 2 ari yg lepas x silap aku la..& kat sini aku nk mntax maap klau aku dah sakitkn atie dia & paz ni aku janji yg aku xkn ganggu dia lgi...thank sgt-2 coz slama ni da trima aku sebagai fwenz kmu yea...k la smpai sni je kot aku nk tulis post ni t ada masa aku update g ehh...o.ov
5 August 2011
Kesenangan & Kekayaan..
Senang belum tentu bermaksud Allah syg. Susah bukan pula bermaksud Allah benci. Adakala Allah berikan kita kesenangan utk menyesatkan kita sehingga lupa beribadah kpd-Nya. Kadang2 Allah berikan kita kesusahan utk meningkatkan lagi martabat kita di sisi-Nya. Susah senang bukan ukuran kasih syg-Nya. Yang dihitung ialah sejauh mana kita bersyukur & redha dgn setiap kurniaan-Nya...@.@V
3 August 2011
Dear my
future girl..
Girl,can u love me like i love you?
Girl,can u care me like i care u fullest of love?
Girl,can u be mine like im yours?
Girl,can u accept me for who am i?
Dearest..please take care of my heart,coz i don't want crying becos
of love for 2 times..if i said i love u, i really mean it...(@.@)x
future girl..
Girl,can u love me like i love you?
Girl,can u care me like i care u fullest of love?
Girl,can u be mine like im yours?
Girl,can u accept me for who am i?
Dearest..please take care of my heart,coz i don't want crying becos
of love for 2 times..if i said i love u, i really mean it...(@.@)x
A small luv story... ♥ ♥
A boy and a girl Loved each other very much.
Unfortunately the Girl Died..:(
Boy was Upset so much;
and he couldn't Stop his Tears.
...He kept on Crying Day and Night..:'(
Many People gave Sympathy,
but no Argument could Stop His Tears.
One Night He Slept and had a Dream;
He saw the Girl in Heaven with so many Girls of Her age.
He felt Relax..
But He Noticed that every Girl was in Fairy Dress;
and had a Lightened Candle in their Hands,
but his GF had a Candle which was not Lightened..!
He asked Her:
"Y Ur Candle is not Lightened?"
She said:
"Whenever I enlighten My Candle;
Ur Tears fall on it..!
Please Stop Crying.."
Unfortunately the Girl Died..:(
Boy was Upset so much;
and he couldn't Stop his Tears.
...He kept on Crying Day and Night..:'(
Many People gave Sympathy,
but no Argument could Stop His Tears.
One Night He Slept and had a Dream;
He saw the Girl in Heaven with so many Girls of Her age.
He felt Relax..
But He Noticed that every Girl was in Fairy Dress;
and had a Lightened Candle in their Hands,
but his GF had a Candle which was not Lightened..!
He asked Her:
"Y Ur Candle is not Lightened?"
She said:
"Whenever I enlighten My Candle;
Ur Tears fall on it..!
Please Stop Crying.."
26 July 2011
erti sahabat sebenar...o.ov
| ||||||||||||||||
20 June 2011
Balasan kebaikkan..
APABILA anda ingin semakin mendalami suatu ilmu kebaikan AJARKANLAH dan SAMPAIKANLAH ilmu itu kepada orang lain. Semakin sering anda ajarkan dan sampaikan ilmu itu akan semakin melekat pada diri anda. Semakin anda ajarkan dan sampaikan kepada orang lain, TUHAN akan menambah ilmu anda dengan caraNya (Sesiapa yang menebar kebaikan akan mendapatkan dan dibalas dengan kebaikan).
20 April 2011
Cerita tentang seseorang..!!
" Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kita orang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever..Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Perrgh syoknye...Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya...Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama azan asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya....Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama... Bahagia selamanya...Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...P/S - andai anda seorang wanita muslimah... Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu... Then kalu anda seorang muslim... Apa kata tanamkan dalam hati camtu... Cinta tu anugerah Allah... Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye... Semoga saya pun ambik iktibar jgak... Wassalam..... Share note ini kepada rakan anda... Mari kita beramal?"
19 April 2011
Amalan..!!
Apabila hati disuluh dengan ilmu,
Apabila hati dibentuk dengan amal,
Apabila hati dibaluti taqwa,
maka akan terbinalah jiwa dan jasad yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya..
"ibarat batu karang yang teguh di lautan, datang kapal merempuhnya, sekalipun dengan rempuhan yang kuat, namun kapal itu yang bocor" beginilah hasilnya Iman yang mantap..(T__T)
Apabila hati dibentuk dengan amal,
Apabila hati dibaluti taqwa,
maka akan terbinalah jiwa dan jasad yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya..
"ibarat batu karang yang teguh di lautan, datang kapal merempuhnya, sekalipun dengan rempuhan yang kuat, namun kapal itu yang bocor" beginilah hasilnya Iman yang mantap..(T__T)
29 March 2011
sebuah article..!!
Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.
Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar Radhiallahu Anhu (RA) berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, “Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?”
Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, “Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja.”
“Apakah itu?”, tanya Abu Bakar RA.
“Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana,” kata Aisyah.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapkan nasi, si pengemis itu marah sambil berteriak, “Siapakah kamu?”
Abu Bakar RA menjawab, “Aku orang yang biasa.”
“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” jawab si pengemis buta itu.
“Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan aku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut,” pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW.”
Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA, dia pun menangis dan kemudian berkata, “Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku walau sedikit pun, malah dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia..”
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar RA.- Artikel iluvislam.comekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.”
Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.
Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar Radhiallahu Anhu (RA) berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, “Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?”
Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, “Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja.”
“Apakah itu?”, tanya Abu Bakar RA.
“Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana,” kata Aisyah.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapkan nasi, si pengemis itu marah sambil berteriak, “Siapakah kamu?”
Abu Bakar RA menjawab, “Aku orang yang biasa.”
“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” jawab si pengemis buta itu.
“Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan aku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut,” pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW.”
Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA, dia pun menangis dan kemudian berkata, “Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku walau sedikit pun, malah dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia..”
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar RA.
19 March 2011
Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw
Dari Abu Dzar Al Ghifari r.a dari Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam sebagaimana beliau riwayatkan dari Rabbnya Azza Wajalla bahwa Dia berfirman: Wahai hambaku, sesungguhya aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku telah menetapkan haramnya (kezaliman itu) diantara kalian, maka janganlah kalian saling berlaku zalim...(HR.Muslim)
18 March 2011
Perumpamaan..!!
Ibarat nak bercinta dengan Hantu
Kita dapat rase dia ada disekeliling kita
Ternampak seakan akan kelibat dia di depan kita
Kadang2 teringat bila kita sorang2 dan susah nak lupekan dia
Tapi kita tetap xdapat meluahkan walaupun selalu teringat kerana kita takut dengan dia.....
Subscribe to:
Posts (Atom)










