Blogger Backgrounds



22 June 2011

Musibah..!!

MUSIBAH adalah sesuatu yang menimpa manusia, adakalanya ia datang sebagai hukuman Allah atas kesalahan dan kelalaian manusia dan adakalanya ia datang sebagai ujian atas keimanan hambaNya. Jadi, apabila seseorang itu ditimpa musibah, bantulah dia dan janganlah menuduhnya yang bukan-bukan. Mungkin Allah mahu menguji keimanannya.

21 June 2011

Al-Qur'an..

"Bacalah Al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)
 

Doa untuk menghilangkn kesedihan..!!!

Bila malam ini hati anda terluka pedih, maka aminkan doa Rasulullah ini untuk menghilangkan kesedihan hati anda, 'Allahuma la sahla illa ma ja'altahu sahlan, wa anta taj'alul hazana idza syi'ta sahlan.' Ertinya 'Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yg Engkau jadikan mudah & Engkau membuat kesedihan itu mudah, jika Engkau jadikan mudah.' (HR. Ibnu Sunni).

20 June 2011

Balasan kebaikkan..

APABILA anda ingin semakin mendalami suatu ilmu kebaikan AJARKANLAH dan SAMPAIKANLAH ilmu itu kepada orang lain. Semakin sering anda ajarkan dan sampaikan ilmu itu akan semakin melekat pada diri anda. Semakin anda ajarkan dan sampaikan kepada orang lain, TUHAN akan menambah ilmu anda dengan caraNya (Sesiapa yang menebar kebaikan akan mendapatkan dan dibalas dengan kebaikan).