Blogger Backgrounds



12 April 2012

Pengajaran kepada kita sebagai seorang manusia...



           Assaalamualaikum buat semua warga blogger,, hurmm maybe harini pada tarikh 11 april 2012 pasti semua tahu  ape yg berlaku kan,,pada pukul 4.38 petang tdi telah berlakunya satu fenomena alam (gempa bumi pada 8.7 skala ritcher) yang banyak mengejutkan bagi kta sebagai seorang manusia kan,,,



Jika tsunami terjadi, negara yang mungkin terkena kesannya adalah Indonesia, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Inggris, Malaysia, Mauritania, Seycheless, Pakistan, Somalia, Oman, Madagaskar, Iran, Emirat Arab, Yaman, Komoro, Bangladesh, Tanzania, Mozambik, Kenya, Croizet Island, Kerguelen Island, Afrika Selatan, dan Singapura....negara kite jgk tersenarai salah satu negara yg mungkin akan turut terkena gelombang tu kan,,,mungkin tuhan jadikan fenomena gempa bumi ni satu pengajaran & peringatan bgi kita supaya kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w agar segera meninggalkan segala perbuatan yang dilarang & mengerjakan taubat,,,Ya Allah, selamatkanlah seluruh penduduk Islam tidak kira di mana kami berada & jauhikanlah kami, dari sebarang malapetaka & bencana..Amin..

1 April 2012

Disebalik suka ada duka...


Assalamualaikummmm,,,haha perghhh hari ni serius penat giller-2 la,,,coz g outing dgn kawan-2...mmg best + happy sngat,,,btw thank untuk abg zul yea,,,hurmmm..tapi dalam happy + best mcm ni pn pasti ade jugak something yg membuatkan perasaan ni still je sedih,,,tibe-2 je tringaat kat someone..!!!


Klau la sya ade awak mcm dlu kan best...tpi sayang awak x mcm dlu lgi dah kan,,,ape-2 pon sya still ingat janji-2 awak,kata-2 awak dkat saya waktu awak still ok time tu,,,tpi skarang sya tgk awak da lain dah,,,sya nasihat awak pun untuk kebaikan awak jugak,,,lgi satu awak suka follow perangai kawan-2 awak tu,,,mybe tuhan nk sya tahu yg awak dah x betul dengan sya haritu,,,tetibe je hati saya terase nak sangat ikot member-2 g outing dekat  mall tu & then tawu-2 terserempak dengan awak,,,tpi time tu awak keluar dengan boy lain kan..??ntah la awak perasan ke x sya time tu,,,bile sya nampak awak,sya malas nk tegur awak coz takut awak terkejut,,,after shopping ape semua sya blik umah then trus msj awak,,awak reply text sya awak cakap awak bizy,,ok sya stop msj awak lepas tuh,,,mybe sekarang da masuk 4 bulan awak x text sya langsung kan...


Serius sya sentiasa tringat dkat awak,,mybe ade hikmah disebalik ape yang jadi dekat sya & awak,,,!!! Sya redha dgan apa keputusan yang saya trima,,,mungkin ni satu ujian untuk diri saya,,Ya allah,engkau padamkanlah segala perkara yang bleyh mengingati aku pada si dia ya allah,,,mudah-mudahan satu hari nanti aku dapat lupakan segala perkara yang bleyh mendatangkan perasaan aku macam sekarang ni,,,Aamiin..


Especially for You,,,, N.A

28 March 2012

Tentang Cinta...


Assalamualaikummm,,,fuhhh,,serius lame x update blog ni rindu kamu bloggg,,,huh ok..cukup-3..malas nk panjang-2kn kerinduan ni..haha..hah update kali ni pasal Cinta,,,sesuai la dgn tajuknya kan...(TENTANG PERCINTAAN)...


Sesungguhnya percintaan itu amat mudah, namun pengertian cinta itu amat dalam maknanya. Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. ~ Mahatma Ghandi Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Melihat kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh. Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.

   Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.” Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

    Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

   Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

   Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.    Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut. Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA.


   Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa.

   Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.    Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya. Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami...Ok,mybe cukup sampai sini je la ae...nanti ade masa yg terluang sya updatekn feed-2 yang baru k...hope korang enjoy la membaca yea..!!! lgipon ni je la yang sya mampu updatekan...k,Assalamualaikum...!!! (^_^) v

8 October 2011

Tentang Cinta Seorang Gadis..^_^



Aku benci dia
Aku benci dia
Dia pergi sewaktu ulangtahun ku
Dia telah tinggalkan aku untuk selamanya,
Perlu apa aku mengingatinya
Dia telah tinggalkan aku
Untuk selamanya,
Sedangkan aku setia menemaninya……….
Tapi  aku tidak cukup untuk membenci dirinya
Dia tinggalkan aku sebuah hadiah
Sempena ulangtahun ku,
Hadiah yang paling berharga,
Untuk aku kenang sepanjang hidupku
diari cintanya…………
dia berkata;
bacalah sehelai setiap hari
agar aku tetap menemaninya
dikala dia tiada……
hari pertama
mawar putih untuk kita
kerana mawar putih kita berjumpa
mawar putih apakah tandanya
adakah tandanya bunga untuk pusaramu
tapi yang lucunya mawar putih
menjadikan aku putih pada cintamu
lamunan ku terhenti,
seorang lelaki memarahi diriku
dia kata aku telah mengambil bukunya,
perlu apa dia marah pada aku
sedangkan aku tak pernah mengambil haknya,
benci aku pada lelaki itu…….
cinta itu buta
atau aku yang buta…..
aku marah padanya,
hai kamu, apa hak kamu membaca diari aku,
pulangkan balik milik aku,
mengapa kamu sanggup membacanya?
Hai kamu ! mana buku aku….
Pulangkannya !!!
Cepat………………..
Hari kedua,
Aku menatap gambarmu,
Dan kau berkata cinta itu tidak buta ia Cuma memahami
Dan memberi apa yang kita perlukan….
Lamunan ku terhenti,
Terserempak dengan dia,
Membuat hati aku benci,
Tapi dia berkata sorry,
Aku  ingin mengembalikan
Sesuatu untukmu
Hai ! Kamu nak  apa lagi,
Hai ! dia berkata;
 aku hanya ingin memohon maaf…
Dia berkata;
Sorry ya , ternyata tulisan kamu cantik
Tapi sayang kamu selalu menangis….
Aku berkata;
Sorry ya, aku tidak bisa menemani kamu,
Aku hendak menulis sesuatu buat kekasih ku…..
Dia berkata;
perlukah kamu menulis sesuatu tentang dia
Sedangkan dia telah tiada…..
Perlukah….
Wajarkah….
Aku berkata;
Apa yang kau tahu tentang cinta,
Jika kau tidak pernah jatuh cinta,
Walaupun dia telah tiada,
Tapi aku puas jika aku dapat menulis sesuatu untuknya
Walaupun dia telah  tiada…
Dia  berkata;
Aku memahami apa yang kau rasa,
kerana aku pernah jatuh cinta…..
Tapi aku telah dikecewakan,
Memang dasar perempuan tidak pernah setia….
Aku berkata;
Tidak semua perempuan  tak setia
Dia berkata;
Aku tahu ,
Kau perempuan yang setia
Walaupun  dah setahun dia telah pergi
Kau tetap menangis sepanjang hari…..
Macam budak kecil….
Aku berkata;
Itu hak aku,
Biarlah aku menangis,
Airmata itu milik aku
Bukan dirimu….
Dia berkata;
Aku tahu itu hak kamu,
Tapi menangis tak akan mengubah hakikat
Yang dia telah pergi dan tak akan kembali,
Simpanlah airmatamu untuk sesuatu yang berharga…..
Semenjak itu dia menemani aku
Memberi aku dorongan
Memberi aku kekuatan
Hingga satu saat dia jatuh cinta pada ku
Perlukan aku membalasnya….
Hari ketiga,
Kekasih ku berkata padaku,
Mulakan hari bahagia,
 jika kau telah berjumpa
penganti diri ku……
hari keempat,
aku takut untuk jatuh cinta,
contohnya;
lelaki itu telah menemui kekasih pertamanya……
ternyata kekasih lelaki itu meninggalkannya
bukan kerana dia lari dengan orang lain
tapi kekasihnya jatuh sakit…..
hari kelima,
kau sentiasa menemani ku,
wahai diari cinta hatiku……
hari keenam,
 semalam aku telah bertekad
ingin memulakan lembaran  baru,
namun ternyata jodoh aku dengannya tiada
hari ketujuh,
dia telah kembali kepada kekasihnya,
namun aku masih lagi bersamamu menemanimu,
walau sekadar sebuah diari kecil…..
hari kelapan,
aku tetap sayang padanya,
walau hakikat dia menipu diriku,
yang dia masih sayang lagi padaku,
sedangkan hatinya telah beralih arah
buat kekasihnya…..
hari kesembilan,
mudahnya aku berkata I love u
mudahnya dia membalas I love u
hari kesepuluh,
dimasa cinta bisa memilih,
aku telah kecewa lagi,
ternyata dia telah kembali kepadanya….
tapi aku tidak bisa membencinya
kerana kekasihnya amat memerlukannya,
hari-hari seterusnya
aku telah pasrah pada ketentuanNya,
aku dan dia tidak mungkin bersatu,
kerana dia telah memilih untuk bersamanya….
jika  bisa hati memilih,
aku ingin dia memilihku bukan kekasihnya,
tapi apa daya ku…….
jika bisa aku memilih
aku lebih rela sakit daripada harus memilih,
aku rela pergi dulu sebelum dirinya
kerana aku tidak mahu menangis,
menangis kerana ditinggalkan………………..
sakit itu ditinggalkan
namun lebih sakit lagi jika
kita melihat insan yang kita sayang
tinggalkan kita untuk selama-lamanya
kerana Tuhan lebih berhak mengambilnya……
dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali……………….
innalillahi wainahlirajioun..!! ^_^

Cinta Seorang Gadis Didalam Diam..^_^



Jika belum siap kaki melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam, benar bak kata pepatah itu,.aku tidak menyangkal sama sekali kerana dalam diamku adalah salah satu bukti cintaku padanya.
Ku ingin memuliakan dirinya, melangkah setapak ke atas berbanding diri insan lain  dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang.
Aku tak mahu sesekali merosak kesucian dan penjagaan hatinya kerana diamku itu bermakna. maharku untukknya, kerana belum masanya untuk dirinya memberikan mahar yang selayaknya buatku, aku harus bersabar dalam diamku agar aku dapat memuliakan kesucian diri dan hatiku.
Menghindarkan diriku dari hal- hal yang akan merosak Izzah dan iffah, kerana diamku itu dapat menunjukkan betapa bukti kesetiaanku padanya, aku bukan sekadar untuk membangga diri tapi kerana mungkin saja orang yang aku cinta ini adalah juga orang yang telah ALLAH SWT. Telah memilih  untuk diriku, yang telah tercatat didalam diari Loh Mahfuzku.
Walaupun aku mengerti dan memahami yang aku tidak tahu sama sekali siapakah dirinya, tapi aku mengharapkan insan itu adalah dia. Dia yang dapat memimpin aku ke jalan yang benar.
Di dalam hal ini mengingatkan aku kisah tentang Fatimah dan Ali, di mana  keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan, tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah, mungkin benar bahawa  dalam diamku tersimpan kekuatan, kekuatan bagi harapan hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi yang nyata, hingga cintaku yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan yang nyata dan bukannya fantasi semata-mata.
Biarlah cintaku yang diam itu disambut mesra oleh cintamu melalui landasan yg diredhai, bukankah Allah SWT tidak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya?,dan jika memang ‘cinta dalam diamku’ itu tidak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam, kerana jika dia memang bukan milikku maka dengan izin Allah  dengan melalui waktu dan masa dan juga ketika akan menghapuskan ‘cinta dalam diamku’ itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan memberi ruang kepada orang yang tepat untukku.
Biarkan ‘cinta dalam diamku’ itu menjadi memori tersendiri dan didalam sudut hatiku menjadi rahsia antara aku dengan Sang Pemilik hatiku, kerana aku yakin bahawa Allah akan memberikan ganti yang lebih baik untuk diriku mahupun  mewujudkan mimpiku menjadi realiti di kemudian hari.
Sesungguhnya aku ingin bersabar di dalam diamku untuk mencintai dirimu dengan tulus dan ikhlas dalam kehidupan yang bakal kita lalui bersama di dunia ini ataupun kita sekadar ada jodoh di dunia yang lebih baik, dan bila cinta dalam diamku ini kau sambut, aku ingin dirimu membawaku menongkah arus untuk menjejaki nikmat akhirat dan bukan sekadar menjejako nikmat duniawi semata-mata.
Wahai Penjaga Hatiku, semoga kita saling bersabar dalam menempuh dugaan ini.
Semoga bahagia akhirnya itu adalah milik abadi untuk kita berdua dan  sesungguhnya aku `Mencintaimu Dalam Diamku’ dan aku amat bersyukur dan berterima kasih dengan kesabaran yang kau hulurkan padaku dan semoga ada sinar bahagia menanti kita dihujung hubungan ini, dan aku mengharap bila sampai waktunya kau melafazkan akad nikah padaku dan aku menerima mahar cintamu dengan rela hati. Inilah harapan dari   seorang hawa terhadap adamnya. ~AMIN~ ^_^

Aku Bukan Pilihan Dia..^_^



Aku sayang dia
Aku sayang dia sepenuh jiwa

Aku cinta dia
Aku cinta dia sepenuh hati
Tanpa gentar halangan apa pun

Aku suka dia
Aku suka dia sangat hingga tidak tidur lena
Aku suka dia  sepenuh jiwa dan raga
Aku suka dia walaupun dia mungkin punya perasaan berbeza

Tapi,aku bukan pilihan dia.
Begitu pedih dirasa…..
Begitu sesak untuk bernafas
Ternyata sayang, cinta dan suka
Tidak menjamin untuk bahagia….
 Tidak menjamin dia pilihan yang tepat
Untuk berada disisi aku……^_^

Cinta Si Dia..^_^




Cinta Tak Semesetinya Memiliki..^_^


'DEMI CINTA ALLAH'…Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintah-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.”Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya.”Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.”Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah,,!! Aku memohon keampunan Dari mu..Amin Ya Rabbal Alamin..!! Hurmm mybe sampai sni jew aku karang story ni k,,t ade masa aku wujudkn story baru yaehh..^_^