Blogger Backgrounds



8 October 2011

Tentang Cinta Seorang Gadis..^_^



Aku benci dia
Aku benci dia
Dia pergi sewaktu ulangtahun ku
Dia telah tinggalkan aku untuk selamanya,
Perlu apa aku mengingatinya
Dia telah tinggalkan aku
Untuk selamanya,
Sedangkan aku setia menemaninya……….
Tapi  aku tidak cukup untuk membenci dirinya
Dia tinggalkan aku sebuah hadiah
Sempena ulangtahun ku,
Hadiah yang paling berharga,
Untuk aku kenang sepanjang hidupku
diari cintanya…………
dia berkata;
bacalah sehelai setiap hari
agar aku tetap menemaninya
dikala dia tiada……
hari pertama
mawar putih untuk kita
kerana mawar putih kita berjumpa
mawar putih apakah tandanya
adakah tandanya bunga untuk pusaramu
tapi yang lucunya mawar putih
menjadikan aku putih pada cintamu
lamunan ku terhenti,
seorang lelaki memarahi diriku
dia kata aku telah mengambil bukunya,
perlu apa dia marah pada aku
sedangkan aku tak pernah mengambil haknya,
benci aku pada lelaki itu…….
cinta itu buta
atau aku yang buta…..
aku marah padanya,
hai kamu, apa hak kamu membaca diari aku,
pulangkan balik milik aku,
mengapa kamu sanggup membacanya?
Hai kamu ! mana buku aku….
Pulangkannya !!!
Cepat………………..
Hari kedua,
Aku menatap gambarmu,
Dan kau berkata cinta itu tidak buta ia Cuma memahami
Dan memberi apa yang kita perlukan….
Lamunan ku terhenti,
Terserempak dengan dia,
Membuat hati aku benci,
Tapi dia berkata sorry,
Aku  ingin mengembalikan
Sesuatu untukmu
Hai ! Kamu nak  apa lagi,
Hai ! dia berkata;
 aku hanya ingin memohon maaf…
Dia berkata;
Sorry ya , ternyata tulisan kamu cantik
Tapi sayang kamu selalu menangis….
Aku berkata;
Sorry ya, aku tidak bisa menemani kamu,
Aku hendak menulis sesuatu buat kekasih ku…..
Dia berkata;
perlukah kamu menulis sesuatu tentang dia
Sedangkan dia telah tiada…..
Perlukah….
Wajarkah….
Aku berkata;
Apa yang kau tahu tentang cinta,
Jika kau tidak pernah jatuh cinta,
Walaupun dia telah tiada,
Tapi aku puas jika aku dapat menulis sesuatu untuknya
Walaupun dia telah  tiada…
Dia  berkata;
Aku memahami apa yang kau rasa,
kerana aku pernah jatuh cinta…..
Tapi aku telah dikecewakan,
Memang dasar perempuan tidak pernah setia….
Aku berkata;
Tidak semua perempuan  tak setia
Dia berkata;
Aku tahu ,
Kau perempuan yang setia
Walaupun  dah setahun dia telah pergi
Kau tetap menangis sepanjang hari…..
Macam budak kecil….
Aku berkata;
Itu hak aku,
Biarlah aku menangis,
Airmata itu milik aku
Bukan dirimu….
Dia berkata;
Aku tahu itu hak kamu,
Tapi menangis tak akan mengubah hakikat
Yang dia telah pergi dan tak akan kembali,
Simpanlah airmatamu untuk sesuatu yang berharga…..
Semenjak itu dia menemani aku
Memberi aku dorongan
Memberi aku kekuatan
Hingga satu saat dia jatuh cinta pada ku
Perlukan aku membalasnya….
Hari ketiga,
Kekasih ku berkata padaku,
Mulakan hari bahagia,
 jika kau telah berjumpa
penganti diri ku……
hari keempat,
aku takut untuk jatuh cinta,
contohnya;
lelaki itu telah menemui kekasih pertamanya……
ternyata kekasih lelaki itu meninggalkannya
bukan kerana dia lari dengan orang lain
tapi kekasihnya jatuh sakit…..
hari kelima,
kau sentiasa menemani ku,
wahai diari cinta hatiku……
hari keenam,
 semalam aku telah bertekad
ingin memulakan lembaran  baru,
namun ternyata jodoh aku dengannya tiada
hari ketujuh,
dia telah kembali kepada kekasihnya,
namun aku masih lagi bersamamu menemanimu,
walau sekadar sebuah diari kecil…..
hari kelapan,
aku tetap sayang padanya,
walau hakikat dia menipu diriku,
yang dia masih sayang lagi padaku,
sedangkan hatinya telah beralih arah
buat kekasihnya…..
hari kesembilan,
mudahnya aku berkata I love u
mudahnya dia membalas I love u
hari kesepuluh,
dimasa cinta bisa memilih,
aku telah kecewa lagi,
ternyata dia telah kembali kepadanya….
tapi aku tidak bisa membencinya
kerana kekasihnya amat memerlukannya,
hari-hari seterusnya
aku telah pasrah pada ketentuanNya,
aku dan dia tidak mungkin bersatu,
kerana dia telah memilih untuk bersamanya….
jika  bisa hati memilih,
aku ingin dia memilihku bukan kekasihnya,
tapi apa daya ku…….
jika bisa aku memilih
aku lebih rela sakit daripada harus memilih,
aku rela pergi dulu sebelum dirinya
kerana aku tidak mahu menangis,
menangis kerana ditinggalkan………………..
sakit itu ditinggalkan
namun lebih sakit lagi jika
kita melihat insan yang kita sayang
tinggalkan kita untuk selama-lamanya
kerana Tuhan lebih berhak mengambilnya……
dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali……………….
innalillahi wainahlirajioun..!! ^_^

No comments:

Post a Comment